9 Cara Kumpul Database Yang Awesome

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
87 / 100 SEO Score

Jom kita belajar cara kumpul database. Apa tu database? Database ini maknanya luas.

Dalam programming, database ialah tempat simpan data segala yang berkaitan dengan sistem. Ada tools seperti Oracle yang menguruskan database ini.

Dalam pandangan digital bisnes lain pula. Bila sebut database, ia merujuk kepada maklumat bakal pelanggan. Database contohnya maklumat nama & no telefon atau nama dan email pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Jadi hari ini sangat ini berkongsi cara untuk mendapatkan database sebagai mana pandangan orang bisnes. Iaitu database bakal pelanggan. Apa cara untuk mendapatkan database pelanggan tersebut.

Database sangat penting bagi seorang usahawan yang berjaya. Sebab dengan database ni, seseorang itu boleh sampaikan mesej kepada bakal pelanggan atau mahu memberi promosi kepada bakal pelanggan.

Semakin banyak database, semakin tinggi peluang untuk dapatkan jualan. Boleh dikatakan database sebagai nyawa bagi perniagaan. Dengan database ini kita boleh mengenal lebih mendalam bakal pelanggan kita.

Apabila seseorang sudah mempercayai kita, pasti mudah untuk dia berurusan dengan kita. Apa-apa cadangan kita dia akan mudah terima.

Sebagai contoh, jika anda pergi ke pasaraya. Anda ingin membeli minuman coklat. Sudah tentu anda membeli minuman coklat yang anda sudah percaya. Ini kerana anda telah berkali-kali mendengar berkenaan produk coklat itu.

Jadi sangat penting untuk kita mendapatkan database untuk bisnes kita. Dengan database perniagaan kita akan sentiasa maju. Jika apa-apa berlaku, kita masih ada database yang boleh menstabilkan keadaan kita.

Cara Kumpul Database

Oleh itu saya nak kongsi 9 tip untuk dapatkan database.

#1. Melalui FB Personal/Page

  1. Buat artikel yang berguna untuk dikongsikan di page atau personal FB anda. Artikel yang viral lebih baik.
  2. Di akhir artikel tulis nama website anda. Bakal pelanggan akan dapat akses ke website anda.
  3. Di website anda boleh memasukkan popup untuk menerima database nama dan email bakal pelanggan anda.

#2. Sharing di forum

  1. Buat sharing sesuatu yang berguna dalam forum.
  2. Sharing anda pastikan menunjukkan anda benar-benar mahir dalam sesuatu bidang. Anda akan dirujuk sebagai seorang yang pakar dalam bidang anda.
  3. Di akhir masukkan nama website anda. Anda akan dapat database melalui link yang anda letakkan di forum.
Cara Kumpul Database

#3. Akaun Instagram

  1. Buat 3,000 poster yang menarik. Poster yang dapat memukau mata bakal pelanggan.
  2. Di dalam poster tersebut anda letakkan link website anda.
  3. Poster yang menarik akan menyebabkan orang akan tertarik untuk membuka laman web anda.

#4. Buat Akaun WordPress

  1. Akaun WordPress ini ada yang percuma.
  2. Tulis 3,000 artikel yang berguna untuk bakal pelanggan.
  3. Anda juga boleh menggunakan blogspot.
  4. Akaun percuma ini juga dapat menarik ramai bakal pelanggan mengenali anda. Anda akan dapat database melalui perkongsian di laman ini.

#5. Buat Akaun Youtube

  1. Buat YouTube Channel dan masukkan 3,000 video yang berguna.
  2. Video merupakan satu langkah cepat untuk manusia mengenali anda.
  3. Kini ramai pengguna menyukai perkongsian berbentuk video.

#6. Buat 300 Banner / Bunting

  1. Cara kumpul database ini agak menarik. Buat banner untuk pengenalan diri atau bisnes anda.
  2. Gantung dekat kawasan rumah.
  3. Manusia akan menghubungi no yang tertera pada banner. Di situ anda akan memperoleh database.

#7. Edar flyers

  1. Edarkan flyers dekat pasar malam, peti surat, kedai makan.
  2. Di dalam flyers tersebut ada no anda untuk dihubungi.
  3. Mereka yang memhubungi anda dikira sebagai database anda.

#8. Print 3,000 name card

  1. Print 3000 name card beri kepada 3,000 prospek.
  2. Satu prospek berikan dua kad, satu kad lagi diberikan kepada kawan yang memerlukan.
  3. Setiap yang menghubungi anda di kita database.

#9. Minta tolong

  1. Minta tolong family, sibling, kawan2, whatsapp tentang bisnes anda.
  2. Cara ini juga dapat membantu anda mendapatkan database.
  3. Simpan dengan baik, kerana mungkin inilah database yang terbaik buat anda.

Kesimpulan

Jadi pelbagai cara kumpul database yang boleh anda lakukan. Gunakan satu atau dua sahaja pun sudah cukup untuk mendapat database yang cukup banyak.

Apa yang penting adalah cara kita nak menguruskan database tersebut. tidak ada gunanya mempunyai banyak database jika kita tidak dapat menguruskannya.

Dapatkan sesuatu dari perkongsian ini? Silakan kongsi kepada rakan-rakan anda. 😊

Terima kasih!