5 Tip Genius Beli Hosting Dan Domain

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88 / 100 SEO Score

Alhamdulillah baru-baru ini saya dapat siapkan satu video tutorial cara untuk membeli hosting dan domain.

Anda boleh menonton tutorial saya di Channel Rafiq Hasrudin.

Langkah ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan untuk membina website. Pemilihan untuk memakai hosting saya anggap satu pemilihan yang penting.

Sebelum membina website, saya sarankan untuk anda membuat sedikit kajian tentang hosting. Apakah hosting yang sepatutnya anda guna untuk membangunkan website anda?

Beberapa ciri yang penting perlu anda kenalpasti bergantung dengan jenis website yang akan anda bangunkan. Jika jenis website anda berat dan besar, maka anda perlu memilih spesifikasi yang tinggi untuk hosting anda.

Saya kongsikan 5 tip untuk memilih hosting.

1. Kedudukan server hosting

Kedudukan server hosting anda perlu berada dekat dengan sasaran pengguna anda. Sebagai contoh, anda mensasarkan pengguna website anda adalah warganegara Malaysia, maka anda perlu mencari server yang paling dengan Malaysia iaitu Singapore.

Kebanyakan penyedia hosting mempunyai server di Singapore bagi pemilik di Malaysia. Oleh itu anda perlu mengenalpasti dimanakah server anda terletak. Anda boleh bertanya sendiri dengan penyelia hosting tersebut.

2. Saiz storage hosting

Saiz storage hosting sangat penting jika anda mahu membuat satu website yang kompleks. Ianya bergantung dengan jenis website yang anda ingin bangunkan.

Jika website anda perlu meletakkan gambar yang banyak, anda perlu memilih pakej hosting dengan saiz storage yang besar.

3. Saiz bandwidth

Saiz bandwidth pula berkaitan dengan sasaran pengguna yang boleh menggunakan website anda dalam satu-satu masa. Jika target sasaran pengguna yang ramai, anda perlu menggunakan saiz bandwidth yang besar.

Sebagai contoh, jika sasaran pengguna website adalah seramai 10,000 pengguna sebulan, maka anda boleh menggunakan bandwidth dengan kadar biasa iaitu 30GB sebulan.

Jika sasaran pengguna anda lebih daripada itu, anda mungkin perlu menggunakan kadar bandwidth yang lebih besar dari 30GB sebulan.

4. Kuantiti subdomain

Subdomain merupakan satu pecahan daripada domain utama. Sebagai contoh, rafiqhasrudin.com ialah domain utama. Subdomain pula mungkin boleh meletakkan sebagai test.rafiqhasrudin.com.

Bagi saya, kuantiti subdomain sangat penting. Ini kerana jika saya memerlukan apa-apa keperluan seperti satu laman untuk buat test, saya akan gunakan subdomain. Jadi cari hosting yang menyediakan kuantiti subdomain yang unlimited.

5. Beli hosting percuma domain

Hosting yang percuma domain merupakan kelebihan untuk anda. Anda tidak perlu membeli domain yang lain untuk membina website.

Dengan hanya satu bayaran setiap tahun, anda dapat mengaktifkan hosting dan domain sekaligus.

Jadi cari hosting dengan pakej percuma domain untuk memudahkan urusan anda di masa akan datang.

Tip Tambahan

Sebagai tambahan, perkhidmatan sokongan dari penyedia hosting juga sangat penting.

Saya merupakan pengguna hosting dari NetKL, ada beberapa website yang saya bangunkan menggunakan hosting dari NetKL.

Berdasarkan pengalaman saya dengan NetKL, sokongan yang diberikan sangat bagus. Cepat dan pantas. Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan hosting, pihak NetKL akan membantu dengan pantas.

Kesimpulan

Jadi pilih hosting dengan tepat sebelum membuat pembelian. Ambil masa untuk teliti ciri-ciri hosting yang anda perlukan.

Sebabnya ia akan mempengaruhi prestasi website yang akan kita bangunkan. Jika hosting kita baik, perjalanan website kita akan berjalan lancar.

Jika hosting kita kurang baik, ia akan mengganggu kelancaran website kita. Oleh itu kita perlu membuat sedikit kajian sebelum membeli hosting.

Tip website

Dalam perkongsian tutorial saya di YouTube, saya memilih hosting dari NetKL.

Saya menggunakan NetKL kerana saya telah berpuas hati menggunakan perkhidmatan dari NetKL sejak sekian lama.

Jika anda masih baru dalam membina website dan buntu dalam memilih hosting, saya mencadangkan agar anda menggunakan hosting dari NetKL.

Anda boleh mendapatkan hosting NetKL beserta domain percuma dengan harga hanya RM 100. Permulaan yang sangat murah untuk membina website.

Untuk dapatkannya, sila layari laman >> NETKL

Akhir kata, semoga anda membuat pilihan yang tepat dalam memilih hosting. Pemilihan yang tepat sudah tentunya memudahkan urusan anda pada masa akan datang.

Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian saya berkenaan tip membeli hosting dan domain.

Terima kasih!