Buat Duit Tanpa Produk Sendiri

Ada yang tertanya-tanya. Boleh ke buat duit tanpa produk sendiri?

Saya nak meniaga online. Tapi takde produk. Boleh ke? Jawapannya boleh. Anda boleh meniaga dengan menggunakan produk orang lain.

Macam mana nak guna produk orang lain? Sangat mudah. Caranya ialah dengan menyertai affiliate.

Apa itu affiliate?

Affiliate ini ialah satu program yang membolehkan anda dapat komisen daripada setiap jualan yang anda buat.

Walaupun produk tersebut adalah produk orang lain tetapi anda dapat komisen dari jualan tersebut. Inilah dipanggil affiliate.

Alah macam dropship lah. Anda promote dulu produk orang. Jika ada orang nak beli dia akan bayar kepada anda. Kemudian HQ yang akan pos produk kepada orang tersebut.

Lebih kurang macam tulah konsep affiliate. Tetapi affiliate ini semuanya melalui online.

Macam mana nak sertai affiliate?

Cara untuk sertai affiliate ialah anda perlu join mana-mana syarikat yang tawarkan program affiliate ini. Sebagai contoh, Shopee.

Shopee ada tawarkan program affiliate. Bila anda join program affiliate Shopee ini, anda akan dapat link untuk seseuatu produk.


Jadi anda pun promote lah link ini di facebook, Instagram, atau sebagainya. Jika ada orang yang beli dari link tersebut, anda akan dapat komisen.

Tetapi masalah pada program affiliate Shopee ini ialah ada syarat-syarat tertentu yang perlu anda penuhi sebelum dapat join program tersebut. Contohnya anda perlu ada follower seramai 1000 orang di facebook, baru lah layak join.

Jadi agak susah bagi mereka yang mempunyai follower yang sedikit.

Namun tak perlu risau kerana ada banyak lagi syarikat di luar sana yang menawarkan program affiliate ini.

Cara memilih program affiliate

Okay di sini saya nak share tips untuk memilih program affiliate. Di luar sana banyak program affiliate yang ditawarkan.

Jadi saya sarankan untuk pilih program affiliate terbaik ialah dengan mencari niche/bidang yang anda minat. Jika anda minat memasak, carilah program affiliate yang berkaitan dengan masakan. Jika minat bersukan, carilah program affiliate berkaitan sukan. Begitulah seterusnya.

Tujuannya adalah untuk memudahkan anda menjual nanti. Jika anda suka bercerita tentang sukan, sekali-sekala bolehlah selitkan link affiliate anda. Takdelah pembaca akan bosan jika anda asyik promote sahaja bukan?

Lagi satu ia akan memudahkan pembelian berlaku kerana anda seperti seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Bila anda bagi cadangan saja, pasti ada yang bersetuju.

Jadilah begitulah tips untuk memilih program affiliate. So sebenarnya tak susah untuk buat duit tanpa produk sendiri. Yang penting anda tahu jalannya.

Program Affiliate NetKL

Saya juga menyertai satu program affiliate yang dianjurkan oleh NetKL. Saya memilih program anjuran NetKL kerana NetKL menawarkan program yang berkaitan dengan bidang website.

Setiap pelanggan yang ingin membeli hosting atau domain, jika membeli dari link affiliate milik saya, maka saya akan mendapat komisen.

Apa yang bestnya, biasanya mereka yang membeli hosting ini akan renew pada setiap tahun. Jadi jika setiap tahun orang tersebut renew, maka saya juga akan mendapat komisen dari jualan tersebut.

Sebab itulah saya memilih untuk mengikut program yang dijalankan oleh NetKL. Jika anda ingin mengetahui lanjut tentang NetKL boleh tekan link di bawah ini:

Hosting NETKL

Cara Mendapat Trafik

Selain dari anda daftar sebagai affiliater. Anda juga perlu trafik yang tinggi. Trafik sangat penting untuk anda mendapat pelanggan.

Buat Duit Tanpa Produk Sendiri

Dari trafik yang tinggi inilah meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam affiliate.


Jadi bagaimana nak dapat trafik yang tinggi?


Caranya ialah anda selalu buat perkongsian yang bermanfaat. Sebagai contoh anda minat memasak, bagilah tips-tips memasak atau resepi-resepi yang sedap.

Anda konsisten buat perkongsian yang bermanfaat inilah menyebabkan trafik anda semakin lama semakin tinggi. Anda terus sahaja buat perkongsian tanpa jemu.

Penutup – Buat Duit Tanpa Produk Sendiri

Baiklah ini sahaja perkongsian saya kali ini tentang bagaimana cara untuk buat duit tanpa produk sendiri.

Sebenarnya semua orang boleh mulakan buat duit walaupun tanpa produk. Yang penting ada kesungguhan dalam melakukan sesuatu.

In shaa Allah ada rezeki bagi orang yang berusaha. Allah memandang usaha yang kita buat dan membalasnya dengan sebaik-baiknya setiap perbuatan yang kita lakukan.