Wahed Invest adalah satu platform pelaburan yang patuh syariah. Apakah kelebihan Wahed Invest? Jom kita kupas satu-persatu.
Sebelum tu apakah Wahed Invest? Ia adalah robo-advisor Islamic yang pertama (Digital Investment Management Company) dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Wahed Invest merupakan robo-advisor yang ke-2 dikawal selia oleh SC selepas Stashaway & My Theo.
Antara instrumen pelaburan yang dilaburkan oleh Wahed Invest adalah saham AS, emas, dan sukuk. Ini adalah saham-saham yang bernilai jika kita nak buat pelaburan.

Kita invest dalam Wahed Invest. Kemudian ada orang yang pakar akan laburkan duit kita ke dalam instrumen pelaburan tersebut.
Keuntungan daripada pelaburan tersebut akan diberi semula kepada kita.
#1 Modal Permulaan
Modal yang diperlukan untuk mula melabur adalah sangat rendah. Anda boleh mulakan dengan hanya bermodalkan RM 100.
Jadi ianya pelaburan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Setakat modal RM 100 ianya bukan modal yang besar kan? Golongan pelajar juga mampu untuk bermula.
Apa yang penting dalam pelaburan ini ialah duit kita dikawal oleh orang yang pakar. Jadi in shaa Allah pelaburan itu membawa keuntungan kepada kita.
#2 Boleh Dijadikan Financial Goals
Anda juga boleh menjadikan Wahed Invest ini sebagai Financial Goals. Di dalam platform ini anda boleh asingkan akaun mengikut goal anda. Saya ada kongsikan cara menetapkan matlamat di sini.
Contohnya anda boleh asingkan akaun membeli rumah, akaun membeli kereta untuk ayah, akaun pergi haji, dan sebagainya.
Jadi pelaburan anda akan menjadi lebih teratur. Anda juga akan sentiasa nampak hala tuju pelaburan yang anda lakukan.
Inilah kelebihan Wahed Invest. Kewangan anda akan menjadi lebih stabil dan teratur.
#3 KELEBIHAN WAHED INVEST – Boleh handle sendiri guna apps
Apa yang bestnya dengan Wahed Invest ialah anda boleh kawal sendiri pelaburan dari mula hingga akhirnya dengan menggunakan aplikasi sahaja.
Tak perlu berurusan di kaunter. Tak perlu beratur panjang untuk mendaftar akaun. Tak perlu walau keluar dari rumah sekalipun.
Semuanya boleh dilakukan di hujung jari. Bermula dengan daftar sehingga mengeluarkan duit dari hasil pelaburan anda.
Sangat mudah bukan?
#4 Patuh syariah dan bebas riba
Apa yang paling penting pelaburan ini adalah pelaburan yang patuh syariah dan bebas riba.
Anda akan dapat laporan tentang setiap pelaburan anda pada setiap tahun untuk urusan zakat. Setiap pelaburan yang anda lakukan berlaku dengan jelas.
Ini adalah sebab utama mengapa saya sendiri melabur di Wahed Invest. Yelah, kita nak melabur mesti tengok juga hukumnya.
Kelebihan Wahed Invest ialah pelaburan jelas mengikut kepatuhan syariah. Terdapat badan berautoriti yang telah mengesahkan pelaburan di platform Wahed Invest.
Jangan terlalu fikirkan keuntungan tetapi tidak fikir adakah ia halal atau tidak. Pastikan ia adalah satu pelaburan yang patuh syariah.
#5 Jadi bagaimana Wahed Invest dapat untung?
Wahed untung daripada fees yang dikenakan dan jumlah fees ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keuntungan yang kita dapat.
Kelebihan Wahed Invest ini ialah kadar yang perlu kita bayar adalah sangat sedikit. Bagi saya ianya sangat berbaloi.
Sebenarnya ia adalah win-win situation. Kita dapat untung dari pelaburan, Wahed Invest juga dapat untung dari transaksi yang kita lakukan.
#6 Pengalaman Menggunakan Wahed Invest
Saya juga sudah mula melabur di Wahed Invest. Tak silap saya bermula pada penghujung tahun 2021. Alhamdulillah dalam masa 6 bulan, saya dapat purata 9.57%. Kira oklah kan?
Daripada kita menyimpan di bank baik kita laburkan wang yang ada untuk mendapat pulangan.
Saya jadikan pelaburan ini sebagai simpanan jangka panjang. Jika kita simpan duit di bank simpanan biasa, pasti nilai duit tersebut akan menurun akibat dihakis oleh inflasi.
Jadi dengan keuntungan 9.57% tersebut, ia sekurang-kurangnya dapat mengekalkan nilai duit saya.
#7 ISTIMEWA Promo Aidilfitri
Sekarang Wahed Invest buat promo. Sesiapa yang berdaftar dengan Wahed Invest akan mendapat duit raya Rm 40.
Wah, menarik bukan? Jika anda belum lagi mendaftar, jadi jom daftar sekarang!
Pastikan anda gunakan kod referral saya MUHHAS547 semasa mendaftar untuk dapatkan RM 40 daripada Wahed. Muat turun aplikasi di sini: https://wahedinvest.com/get-started/
Penutup
Baik ini saja perkongsian saya tentang kelebihan Wahed Invest. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh dengan buat pelaburan.
Kata seorang yang bijak pandai, duit yang kita ada sangat baik untuk dialirkan. Seperti sebuah sungai. Air sungai yang mengalir memberi banyak manfaat kepada makhluk lain.
Begitu juga duit yang kita ada. Jangan biarkan ia tidak bergerak tanpa memberi manfaat.
Dengan pelaburan yang kita lakukan, kita sebenarnya telah memanfaatkan duit yang kita ada untuk kebaikan bersama.