Al-Mudharabah (Pelaburan)

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pelaburan. Perkongsian ini saya kutip dari tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman, Pengerusi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad pada sesi Daurah Tarbiyah KMMB pada 20 Mei 2022 yang lalu.

Pelaburan

  • Pelaburan banyak digunakan di bank-bank dan koperasi di seluruh Malaysia.
  • Kita perlu belajar tentang sesuatu perkara sebelum kita menyertai mana-mana pelaburan. Banyak hadith berkenaan pelaburan perlu dipelajari. Kita kena ada pendirian, jangan jadi pak turut.
  • Tabiat manusia sukar diubah. Jika sudah biasa melakukan perkara yang haram, manusia sukar untuk hentikan. Contohnya seperti perbuatan merokok. Banyak fatwa pengharaman rokok telah dikeluarkan namun masih ramai yang memberi alasan.

Kembali soal pelaburan. Ada 2 orang yang penting dalam pelaburan:

1. Pelabur

  • Baligh
  • Mukallaf
  • Tidak muflis

2. Pengusaha

  • mesti melihat, org buta tak boleh
  • tak boleh bodoh
  • wajib berusaha mencari rezeki yang halal
  • pengusaha wajib mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan perniagaan. Yang jahil wajib belajar dulu supaya tak terjerumus kepada yang haram seperti gharar, judi, dan riba.
  • dekat mana kita melabur? Kopsya, Amanah Saham, DLL.
  • tahu yang sah, tahu yg bahaya atau tak sah
  • Kita harus tanya diri kita, pasti ke org yg urus pelaburan itu tahu. Kalau tak tahu jadi tindakan kita tidak harus (berdosa).

Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah. Tak perlu bayar ganti rugi jika rosak atau hilang dalam pegangan selama mana tak sengaja atau cuai.

Pengusaha hendak diberi kebebasan mengurus modal dan kerja tanpa campur tangan pemodal.

Kerugian ditanggung oleh pelabur sahaja. Pengusaha rugi tenaga.

Pengusaha tak boleh beli barang lebih tinggi dari jumlah pelaburan diterima.
Contoh: sebahagian dari barangan dibeli secara hutang.

Pengusaha tak boleh bermusafir bersama modal tanpa izin pelabur bagi menjamin keselamatan.

Tanpa kebenaran pelabur, pengusaha tidak harus menjual barangan dengan cara hutang.

Mengikut pendapat yang paling sohih.

Pengusaha tak boleh melabur modal yang diterima daripada pelabur kepada pengusaha lain untuk menjalankan perniagaan dan berkongsi untung dengan mereka sekalipun pelabur bersetuju.

Jika pengusaha tidak mengurus modal dan diserah kan kepada orang lain (pengusaha kedua)

Jika dah berlaku jualan oleh pengusaha kedua. Pengusaha berhak dapat upah dari pelabur pertama. Dan pelabur kedua(pengusaha pertama) tak berhak dapat apa2.

Pengusaha tak boleh guna modal untuk kegunaan peribadi.

Pengusaha upah orang lain, upah hendaklah dibayar dengan wang pengusaha sendiri.

Aqad mudharabah tak sah jika pembahagian keuntungan tidak dinyatakan dengan jelas sebelum pengusaha memulakan kerja.

Bahagi sama rata untung. Berapa Persen sorang. Bukan bahagi ikut modal. Jika bahagi ikut modal, tak sah.

Mazhab Hanafi, jika untung sehingga satu tahap. Baru dibahagi.

Aqad mudharabah tak sah jika sebahagian keuntungan dibahagi kepada pihak ketiga.

Jika dua2 setuju keuntungan diberi ke pihak ketiga. Akad mudharabah akan bertukar menjadi tabarru’.

Ulama bersepakat tak harus pengusaha ambil keuntungan melainkan kehadiran pelabur. Kehadiran pelabur menjadi syarat.

Kejatuhan nilai modal

Jika turun harga barang sebelum pengusaha mula kerja atau dicuri. Kerugian ditanggung oleh pelabur.

Jika penurunan harga selepas pengusaha mula kerja kerugian ditampung oleh keuntungan sedaya yang mungkin.

Penutup

Baik itu sahaja perkongsian tentang pelaburan yang dapat saya kongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Sebarang persoalan lanjut sila rujuk dengan Ustaz-Ustaz berhampiran tempat anda tentang muamalat. In shaa Allah.